Vikingdom Kaut RM10 Juta Sebelum Tayangan

Walaupun baru memulakan tayanganya pada hari ini (12 September 2013) namun Vikingdom filem terbitan KRU Studio seperti yang dimaklumkan oleh Norman sudah pun berjaya mendapat kutipan RM10 juta.

Vikingdom
Disaat jenayah ciplak hak cipta & nafsu penonton yang semakin lemah terhadap filem melayu menjadi kerisauan penerbit filem, namun hal ini tidak mendatangkan masalah buat KRU Studios terutamanya Yusry selaku pengarah kerana Vikingdom bakal ditayangkan buat pertama kali di pawagam Amerika Syarikat bermula 4 Oktober 2013.
Jelas Yusry lagi diantara pengedar filem yang sudah mendapatkan hak untuk menayangkan Vikingdom termasuklah studio gergasi tersohor Universal Pictures yang mempunyai hak untuk menayangkan filem ini di negara United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark & Brazil.

Vikingdom
“Menghasilkan filem Vikingdom merupakan satu langkah untuk kami lebih maju setapak kehadapan dipasaran antarabangsa. Filem ini kami sasarkan untuk dipasarkan ke luar negara dan Alhamdulillah walaupun baru ditayangkan tapi sudah menjana pendapatan RM10 juta hasil pra jualan dimana kami menjual lesen ataupun hak untuk menayangkan filem ini kepada pengedar yang berminat”
“Walau apa pun reaksi dan sambutan penonton luar negara terhadap filem ini kami tetap sudah dijamin dengan amaun yang dinyatakan. Ini kerana perjanjian yang telah kami tetapkan dengan pengedar yang telah membeli hak pengedaran.” jelas Yusry

Ujar Yusry juga dia rasa berbangga dan berpuas hati dapat menyiapkan filem ini kerana pada mulanya ramai yang mengatakan menghasilkan filem Vikingdom adalah sesuatu yang mustahil dan bercita terlalu besar namun dibuktikan apabila ianya sudah siap untuk ditayangkan bukan saja di Malaysia tetapi juga dipawagam Amerika Syarikat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment