Abang Nara memang pernah dengar khabar angin ini. Daripada apa yang Abang Nara baca, lagu-lagu ciptaan Edry KRU dikatakan menciplak lagu daripada negara luar terutamanya Korea Selatan. Malah di dalam sebuah forum, siap ada perbandingan dilakukan antara lagu Edry dan lagu-lagu yang dikatakan diciplak olehnya.

Berkata kepada Mstar Online, Edry menganggap tuduhan itu sebagai mengarut dan mengambilnya sebagai tidak serius. Kata Edry:-
Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain. Apa yang mereka dakwa itu mengarut. Hairan dibuatnya apabila mereka boleh katakan lagu ‘A’ sama dengan ‘B’ atau lagu ‘C’ sama dengan ‘A’.Tahukah mereka bahawa dalam muzik ada 12 nota sahaja? Maka ia akan ditukar-tukar dan semestinya akan ada yang kedengaran hampir sama dengan lagu yang sedia ada serta karya yang dicipta.Bagaimanapun ia sedikit pun tidak mengganggu kerja saya dalam menghasilkan pelbagai karya lagu,

No comments:
Post a Comment