Secara jujur, Abang Nara tak kenal pun kumpulan Lamb of God ini. Abang Nara bukan peminat kumpulan Metal. Namun pembatalan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 28 September ini ternyata menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya penganjur dan peminat.
Menerusi satu kenyataan rasmi kepada media, pihak penganjur melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap tindakan JAKIM yang tidak memberi kebenaran untuk konsert ini pada saat-saat akhir. Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Abang Nara yakin ia mencecah ratusan ribu ringgit.
Secara jujur, keputusan sebegini seharusnya diambil lebih awal atau JAKIM dan pihak terbabit seharusnya memberikan kriteria kumpulan sebagaimana yang boleh datang membuat konsert di Malaysia. Jadi tak perlulah susah payah pihak penganjur nak bawa penyanyi yang dah confirm tak boleh datang. Senarai syarat[syarat itu mungkin boleh dikongsikan kepada semua pihak untuk mengelakkan kerugian sebegini berlaku di masa hadapan.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment