Julfekar Sindir Farawahida Menerusi Status Facebook?

Hujung minggu selain menghadiri jemputan kahwin, pasti Abang Nara tidak akan melepaskan peluang untuk membaca sisipan BiPop dalam Berita Harian. Memang banyak kisah-kisah menarik dunia hiburan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah tulisan Raja Nurfatimah yang bertajuk “Julfekar, Farawahida masih bermusuh?”.
julfekar
Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama.Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.
julfekar
Hmmm. Menurut Raja Nurfatimah, walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak. Abang Nara suka dengan pesanan Raja Nurfatimah, tak perlulah berdendam-dendam. Semua orang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Julfekar pun dah ada kekasih baru. Benda yang lepas, janganlah dikenang.
farawahida

Kalau boleh, Julfekar doakanlah kebahagiaan Farawahida. Tak perlu buka kisah lama. Benda lama yang terjadi antara anda berdua, biarlah ia tersimpan rapi. Orang ramai pun taknak tahu rasanya. Biarlah ia terkubur sehingga ke akhir hayat anda.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment