Bingung Buat Pilihan, Nabila Huda Beraya Di Singapura Bersama Kawan-Kawan

Diluah mati ayah, ditelan mati ibu. Memang kalau Abang Nara pun akan jadi bingung sekiranya berada di tempat Nabila Huda. Memang boleh difahami penjelasan daripada Nabila mengenai punca dirinya masih tidak lagi beraya dengan ayahnya, Amy Search. Memang sukar nak buat pilihan antara ibu dan ayah tercinta.
nabila huda
Terang Nabila Huda menerusi portal Murai:-
Sebenarya saya mendapat undangan dari mama (ibu kandung) untuk menyambut raya bersamanya di Klang, tetapi dalam waktu yang sama saya teringin untuk beraya di Johor bersama papa (Amy Search). Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana
nabila hudaKalau korang pun berada di dalam situasi Nabila Huda, mesti serabut kepala nak buat keputusan kan? Sedangkan nak balik kampung mana pun asyik bergaduh je dengan bini. Tak gitu? Namun begitu Nabila Huda masih sempat menghantar SMS di pagi raya namun sayangnya SMS tersebut tidak dibalas oleh ayah Nabila.
Di pagi raya saya juga berasa sebak juga bila mengenangkan mama dan papa di kampung halaman masing-masing. Saya ada telefon mama untuk ucap selamat hari raya dan minta maaf, begitu juga dengan papa. Tapi panggilan yang saya buat untuk papa gagal. Jadi, saya pun menghantarkan SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf daripadanya, tetapi SMS saya pun tidak dibalasnya. Tapi, tak mengapa kerana jika diizikan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang, Insya Allah.
nabila

Mungkin Nabila tak perlu tunggu sehingga raya tahun depan untuk bertemu dengan ayahnya. Ambil kesempatan ini untuk pergi berjumpa dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Selaku seorang anak, ego perlu diketepikan. Orang tua terutamanya si ayah memang ego lebih sikit. Jadi si anak perlulah ambil inisiatif untuk memulakan usaha berbaik-baik. Apa pendapat anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment