Amboi. Boleh tahan sweet jugak kisah percintaan Fizo Omar dan Mawar ini. Paling best punca Fizo jatuh hati terhadap si gadis ialah kerana kesungguhan dan kekomitedan (ada ke perkataan nie?) menguruskan perniagaan tudung Fareeda.

Kata Fizo Omar kepada Kosmo:-
Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya. Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya

Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami. Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo

Kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah orang business ini memang ada kriteria lain ketika membuat pilihan calon suami atau isteri. Baguslah tue. Suami isteri perlu saling bantu membantu. Kalau berkahwin sesama sendiri, lagi banyak idea business yang boleh dikembangkan bersama-sama. Semoga segalanya berjalan lancar buat Fizo dan Mawar. Tak sabar pulak nak tengok diorang bersanding.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment