Filem aksi Dampak yang dilakonkan Aaron Aziz kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak Khamis lepas, tetapi tawaran lakonan untuk Aaron Aziz tidak pernah putus. Baru-baru ini Aaron telah menghabiskan penggambaran untuk filem ‘Tembus’ yang diarahkan oleh Ahmad Idham. Filem ini menampilkan Aaron, Nur Fazura, Luna Maya dan Mia Sara Nasuha sebagai pelakon utama.
Pemilihan Luna Maya untuk melakonkan watak dalam filem ini diibaratkan melengkapkan gandingan tiga negara iaitu Aaron mewakili Singapura, Fazura mewakili Malaysia dan Luna mewakili Indonesia.
Turut berlakon dalam filem ini ialah Khir Rahman dan Eizlan Yusof. Kredit gambar Facebook filem Tembus. Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment