Pasti Bront Palarae ada sebabnya yang tersendiri untuk tidak memperkenalkan isteri tercinta kepada peminat-peminat dan rakan media. Abang Nara yakin ramai yang mahu melihat wajah si dia yang berjaya mencuri hati Bront. Sayangnya, apabila berita pernikahannya tersebar, Bront mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
Kata Bront Palarae:-
Memang saya merancang nak adakan resepsi dan jemput kawan-kawan. Tapi sedang saya merancang, tiba-tiba tersebar pula cerita yang saya sudah bernikah. Selepas apa (isu) yang dah berlaku ni, saya tak mungkin akan buat resepsi di Kuala Lumpur. Saya hanya akan buat majlis resepsi di Hatyai sekitar hujung tahun ini
Untuk peminat-peminat Bront, apa kata korang layan video penjelasan daripada empunya badan mengenai pernikahannya yang sempat Abang Nara rakamkan baru-baru ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment