Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi Penggambaran

Wow. Tak sangka sungguh Fida Ibrahim akan melakukan perkara sebegini. Nampak macam baik orangnya. Takkanlah baru nak naik sudah berlagak diva? Yang peliknya, Fida lari dari lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas tidak puas hati dengan skrip yang diberikan. Takkanlah hari terakhir baru sedar skrip tak sesuai?
Selain itu Fida turut sama mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa. Ala Fida nie. Malaysia ini bukannya Hollywood. Sepatutnya bersyukurlah dapat job. Tak selesa sikit tahanlah. Kata produser drama tersebut:-
fida
Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya. Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi.
Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang. Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain
fida

Macam-macam perangai artis kita sekarang. Tak adalah popular mana pun. Diharap Fida insaf dan segera menghabiskan baki penggambaran drama anda. Jangan susahkan orang lain. Buatlah kerja secara profesional. Jangan burukkan nama sendiri. Nanti tak ada job, anda juga yang sedih. Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment