Cekap, pantas dan amanah sungguh Beego menjalankan tugasannya sebagai seorang suami (gurau-gurau je nie). Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua kerana Linda Hashim telah disahkan hamil 7 minggu. Patutlah semenjak dua menjak ini Linda nampak berseri-seri sangat.
Paling kelakar apabila Linda Hashim memberitahu yang Beego melompat kegembiraan apabila ujian kehamilan disahkan positif. Teruja sangat la tue. Kata Linda kepada MediaHiburan:-
Linda dijangkakan bakal melahirkan anak hasil perkahwinan mereka pada bulan April tahun depan. Kepada Linda, jangan buat kerja-kerja kuat terutamanya di trimester pertama ini. Banyakkan berehat. Sekali lagi tahniah buat pasangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga hari kelahiran kelak.Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan. etapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment