Ini satu berita sedih buat industri filem tanah air. Bukan semua orang berbakat sehebat Syamsul Yusof. Abang Nara memahami betapa kecewanya Syamsul Yusof apabila hasil karyanya iaitu KL Gangster 2 disebarkan kepada umum sebelum tarikh tayangan. Penat lelah selama ini terasa tidak berbaloi langsung.
Berita ini telah disampaikan oleh Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam ketika malam gala tayangan filem KL Gangster 2. Kata Datuk Yusof Haslam:-
Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya. Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pelaburan sebanyak RM4.5 juta untuk menghasilkan KL Gangster 2 berkemungkinan tidak mendatangkan hasil apabila perkara ketirisan sebegini berlaku. Abang Nara yakin banyak fikiran negatif berlegar di kepala Syamsul sekarang. Nasihat Abang Nara, percayalah kepada ketentuan dariNya. Rezeki itu dari Allah. Perkara yang sudah terjadi adalah di luar kawalan kita. Banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang teraniaya.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment