Tiada Apa Yang Istimewa Antara Saya Dan Shila – Johan As’ari

Akibat berkongsi beberapa gambar bersama-sama Shila Amzah baru-baru ini, terus Johan As’ari digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad ini. Sekali pandang, mereka berdua memang nampak sepadan. Kedua-duanya sangat comel dan cute gitu ~~
null
Abang Nara rasa, kalau mereka berdua bercinta, peminat pun pasti akan gembira. Namun sayangnya menurut Johan, tiada apa yang istimewa di antara mereka berdua. Kata Johan kepada Mstar Online:-
Tiada apa yang istimewa di antara kami kerana saya dan Shila hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. Saya ada bertemu dengannya di beberapa buah majlis selain saya bertandang ke rumahnya untuk beraya dan dia pula membalas lawatan itu ke rumah saya dan ditemani oleh ibu kami.Keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain sudah lama dan sering berjumpa tanpa kehadiran kami
null

Kalau tak silap Abang Nara, Johan As’ari sudah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri dan bakal bertunang pada hujung tahun ini. Namun kata orang jodoh ini perkara yang misteri. Mana tahu satu hari nanti Johan dan Shila akan terbuka hati untuk bercinta. Memang sesuai sangat pada pandangan Abang Nara. Apa kata korang?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment