Mungkin ketika nama Abdul Muttaleeb Mizad diumumkan pada 15 Disember 2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali Taleeb Mizad.
Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini banyak membuat video ‘cover’ lagu-lagu artis yang popular tempatan dan antarabangsa seperti Ombak Rindu & Im Yours. Taleeb sendiri tidak menyangka video-video yang dihasilkan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Melalui anugerah ‘Nova Media Baru’ di Anugerah Planet Muzik 2012 atas undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat Asia Tenggara, Taleeb telah dilamar menjadi artis Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) setelah menghadiri sesi Ujibakat yang diadakan.
Kini Taleeb Mizad telah pun siap merakamkan album pertama yang berjudul Syukur Alhamdulillah yang dijangka akan berada di pasaran penghujung September ini. Antara komposer yang terlibat adalah Taleeb Mizad sendiri yang menghasilkan lagu berjudul restu cinta, Munif Hijjaz, Isman Hijjaz, Faizal Hijjaz. Manakala susunan muzik di dalam album Taleeb Mizad melibatkan nama-nama besar seperti Sham Kamikaze, Along Exist, Greg Handerson dan Eddie Marzuki.
Mungkin ada yang melihat, Taleeb Mizad sebagai klon Najwa Latif atau Ainan Tasneem versi lelaki, yang bukan saja mampu menyanyi dengan baik malah juga mampu menghasilkan lagu gubahanya sendiri.
Namun ujar Taleeb apa yang diharapkanya adalah agar peminat dapat memberinya peluang untuk mewarnai industri ini dan telitikan perbezaan diantara dirinya dan juga Najwa mahupun Ainan. Nantikan album mini Taleeb Mizad yang akan berada di pasaran September ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment