Ada Gerakan Hapus Industri Perfileman Melayu – Dato Yusof Haslam

“Saya Cakap terus terang memang ada agenda untuk menghapuskan industri filem melayu terutamanya Skop Production, sebab diorang tahu kami banyak keluarkan filem-filem yang berjaya. Sebagai contoh Syamsul dia merupakan pengarah yang berjaya buat filem dengan kutipan paling tinggi setakat ini.”

Rosyam Nor Tailong KL Gangster 2
Kenyataan yang tidak boleh dipandang enteng ini keluar dari mulut empunya Skop Production yang ketika ini menghadapi ujian hebat apabila KL Gangster 2 tertiris awal diinternet sebelum tayanganya. Ujar Dato Yusof Haslam yang ditemui sewaktu kemuncak Tayangan Perdana KL Gangster 2, hal seperti ini berlaku kerana sudah wujud gerakan untuk menghapuskan pemain indutsri perfileman dikalangan orang melayu.

“Sepanjang Filem KL Gangster 2 ini hendak keluar banyak suara-suara disekeliling saya ni yang risau filem kami ni bersaing dengan filem lain. Saya tidak tuduh sesiapa tapi memang berlaku. Benda macam ini bukan sahaja berkaitan dengan cetak rompak sahaja tapi dikalangan orang industri juga.”
“Saya tidak kira siapa pun kamu tapi kalau nak bersaing dalam industri ni kenalah bersaing secara jujur, kalau nak main kotor terimalah akibatnya nanti.”
“Industri filem melayu kita sekarang sudah semakin tenat sekarang ditambah dengan situasi yang berlaku kepada KL Gangster 2. Apa yang berlaku ini adalah satu agenda besar untuk menjahanamkan industri filem melayu.”
“Mungkin Skop Production adalah permulaan buat penjenayah ini untuk menjahanamkan produksi filem Melayu, mana tahu mungkin lepas ini Kru Studio atau Excellent Pictures menjadi sasaran mereka seterusnya.

Bagaimanapun Jelas Dato Yusof, dia redha dgn ujian sebegini dan akan terus berjuang hatta sekalipun terpaksa bertarung nyawa bagi menyelamatkan industri perfileman melayu dan memastikan penjenayah ini akan dibawa kemuka pengadilan.

“Hari ini orang bunuh saya tak apa tapi takkan sesekali akan biarkan rakan yang lain terima nasib yang sama. Tidak ada siapa yang boleh bunuh Skop Production selain Allah sahaja. Siapa yang menjahanamkan industri ini dengan cara begini kami akan jahanamkan mereka kembali.” Tegasnya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment