Terima Wang RM30,000, Afiq Muiz Terus Hilangkan Diri

Tak habis-habis kontroversi yang melanda Afiq Muiz ini. Abang Nara perasan sejak kontroversi Afiq dengan ibunya, memang makin jatuh merudum popularitinya. Tak nampak dah di mana-mana rancangan TV. Terbaru menerusi BiPop semalam, Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.
afiq muiz
Wang RM30,000 ini adalah bayaran pendahuluan untuk Afiq Muiz menjadi artis residen Global Station milik Datin Zaiton Muhammad Jiwa. Berikut ialah penjelasan daripada Alia Ramli, yang merupakan penerbit eksekutif Global Station:-
Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik.
Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan.
Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu.
Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?
Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini.
afiq muiz

Takkanlah kerana RM30,000 Afiq Muiz dah kabur mata? Berapa lama sangatlah wang sebanyak itu boleh bertahan. Sepatutnya Afiq kenalah mengenang budi Global Station yang menaikkan namanya. Orang dah berjasa, kita patut membalasnya. Semoga Afiq dapat menghubungi Global Station secepat mungkin dan menyelesaikan masalah ini. Kang tak pasal-pasal kena seret masuk mahkamah pulak.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment