Aeril Zafrel sekarang ini memang sedang hangat menerusi drama Cinta Jannah. Ramai betul yang terpacak depan TV untuk tidak melepaskan peluang menatap kekacakan Aeril. Seperti biasa, apabila popular, pasti ada khabar angin yang kurang enak. Cerita-cerita sebegini sudah lumrah buat mereka yang terjun ke dunia hiburan.
Terbaru Aeril Zafrel dikatakan sudah berkahwin dengan Wawa Zainal. Tambah menyedapkan khabar angin itu, Wawa Zainal dikatakan sudah hamil dan kini sedang berehat di kampung halamannya di Sabah. Ditemubual oleh Kosmo, Aeril menafikan segala dakwaan tersebut:-
Terbaru Aeril Zafrel dikatakan sudah berkahwin dengan Wawa Zainal. Tambah menyedapkan khabar angin itu, Wawa Zainal dikatakan sudah hamil dan kini sedang berehat di kampung halamannya di Sabah. Ditemubual oleh Kosmo, Aeril menafikan segala dakwaan tersebut:-
Diharap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tabah menghadapi khabar angin sebegini. Inilah asam garam dunia hiburan. Sekali sekala memang memeritkan. Teruskan bertenang dan keluarkan kenyataan seperti anda keluarkan menerusi Kosmo ini. Nampak matang dan tidak cepat melatah. Anda memang cool.Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain.Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.Di sini saya ingin memohon tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment