Tak sudah-sudah dihimpit kontroversi si Ammar Alfian Aziz ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan si Ammar ini lebih dikenali dengan hal-hal mengarut berbanding karier lakonannya. Lepas satu demi satu. Terbaru, Ammar dikatakan mengasari seorang pelakon baru yang bernama Nurjihan.
Tampil menerusi BiPop hari ini, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia mengasari Nurjihan. Sebaliknya menurut Ammar, dia hanya menepuk bahu Nurjihan dengan lembut, bukannya sekuat hati seperti yang didakwa. Yang menariknya, Ammar mendakwa ada pihak yang membenci dirinya. Kata Ammar:-
Saya sedar, sehingga hari ini masih ada yang membenci saya, sebab itu apa saja cerita negatif, lontar pada saya. Saya dah minta maaf dan tak mampu melawan apa-apa lagi. Mungkin ada individu tertentu masih tak berpuas hati dengan saya.Saya tak tuduh Nurjihan mahupun Aiman, tapi mungkin ada individu lain yang cuba meraih publisiti dengan cerita seumpamanya dan pada masa sama memburukkan nama saya. Rekod saya memang dah buruk sebelum ini, panas baran dengan Syamsul lagi, jadi orang menggunakan alasan itu, saya ni memang takkan berubah.Saya dah lali, buat bodoh sajalah. Manusia, penyakit hati itu memang ada dalam diri masing-masing. Saya buat 10 kebaikan, orang tak sedar, tapi dengan satu kesilapan, orang ingat sampai bila-bila. Walaupun saya dah minta maaf, orang masih nak label saya ni panas baran. Saya tak mampu puaskan hati semua orang.
Hmmm. Agak pelik juga untuk orang mencemburui dan menyakiti hati Ammar Alfian. Kalau popular macam Aaron Aziz bolehlah difahami. Mungkin Ammar kena periksa diri sendiri terlebih dahulu. Tengok di mana silap sampai asyik timbul kontroversi. Orang lain jadi pelakon juga tapi tidaklah asyik-asyik keluar cerita buruk je. Tak gitu?
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment