Zed Zaidi Bakal Bertanding Exco Pemuda Umno

Diam-diam ubi berisi. Diam diam Zed Zaidi, bakal bertanding Exco Pemuda Umno rupanya. Satu langkah yang bijak pada pandangan Abang Nara. Zed Zaidi memang lantang, berkepimpinan dan ada ciri-ciri seorang yang mampu memimpin orang lain.
zed zaidiPemilihan parti Umno bakal diadakan Oktober depan. Berkata mengenai hasratnya, Zed Zaidi memutuskan untuk bertanding kerana mahukan wakil anak seni di dalam Umno. Kata Zed:-
Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).
Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana.
Saya merupakan artis pertama yang bertanding dalam pemilihan ini. Bagi saya ia dapat memberi peluang kepada pihak parti untuk mengetahui suara sebenar dan masalah dalam industri yang orang luar industri tidak tahu”
zed zaidi

Semoga Zed berjaya untuk terpilih menjadi Exco Pemuda Umno kelak. Bukan mudah kerana perlu mendapat sokongan banyak pihak. Nampak gaya Zed kena bekerja keras sehingga tarikh pemilihan kelak. Good luck and all the best buat Zed.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment