Isu Loket Salib, Jehan Miskin Beri Penjelasan

Fuh ~ Dalam banyak-banyak kontroversi, kontroversi yang berkaitan dengan agama memang paling bahaya. Terbaru, di dalam sebuah gambar yang dikongsinya, peminat Jehan Miskin mendakwa pelakon itu memakai loket berbentuk salib. Hmmm…
jehan miskin loket salib
Menerusi Berita Harian hari ini, Jehan Miskin menerangkan mengenai kontroversi yang melanda dirinya. Kata Jehan:-
Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.
Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas
jehan miskinKalau tak silap Abang Nara, Jehan Miskin pernah memberitahu bahawa rantai yang dipakainya itu adalah lambang pengakap. Abang Nara masa sekolah dulu tak masuk pengakap jadi tak tahulah pulak. Tapi daripada apa yang Abang Nara Google, loket tersebut memang ada iras-iras logo pengakap. Kata Jehan lagi:-
Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk membetulkan salah faham.
Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya.

Biasalah tue Jehan. Kadang-kala kalau dah bagi penerangan pun, orang memang taknak ambil peduli. Asalkan kita tahu kebenarannya, sudah cukup dah kot. Tak perlu nak bertelagah dengan orang lain. Buat hilang tenaga sahaja. Tak ke gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment