Alhamdulillah. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna atas berita gembira ini. Mereka berdua bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Berita kedatangan cahaya mata pertama ini telah disahkan oleh Ustaz Don sendiri menerusi Sinar Harian semalam.
Tidak diketahui pula sudah berapa bulankah kandungan anak mereka. Kata Ustaz Don:-
Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya, mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT.
Semoga segalanya dipermudahkan buat Ustaz Don dan Husna. Pastinya kehadiran cahaya mata sulung ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan agar anak dalam kandungan tersebut akan dilahirkan dengan sempurna dan tanpa sebarang masalah.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment