Digelar umpama kacang lupakan kulit oleh David Teo, Ahmad Idham ternyata profesional dan tidak menyimpan sebarang perasaan amarah terhadap rakan seperjuangannya itu. Memang respek Abang Nara dengan ketenangan Ahmad Idham. Sikap sebegini wajar dicontohi oleh kesemua pihak yang sering berdepan kritikan.
Ahmad Idham beranggapan kemungkinan besar David Teo telah diprovokasi oleh wartawan ketika temubual. Boleh jadi juga sebab takkanlah David Teo nak hentam kromo sebegitu sahaja rakan seperjuangannya. Kata Ahmad Idham kepada Sinar Harian:-
Ahmad Idham beranggapan kemungkinan besar David Teo telah diprovokasi oleh wartawan ketika temubual. Boleh jadi juga sebab takkanlah David Teo nak hentam kromo sebegitu sahaja rakan seperjuangannya. Kata Ahmad Idham kepada Sinar Harian:-
Saya tidak marah dan tidak menyalahkan David mengenai kata-kata beliau yang mengatakan saya kacang lupakan kulit. Cuma sebagai orang yang senior dalam industri, saya harap dia memberi jawapan yang lebih positif.Cara orang melihat kenyataan itu secara berbeza-beza dan mungkin David tidak ada niat sebegitu atau mungkin soalan itu kurang tepat. Tapi sekali lagi saya kata, saya tidak salahkan dia, cuma saya tertanya-tanya kenapa dia keluarkan kenyataan sebegitu
Ala kadang-kadang apabila baca di suratkhabar, nampak maca David Teo dan Ahmad Idham bergaduh besar. Padahal dekat luar, member baik. Sama macam ahli politik Malaysia lah. Di media pung pang pung pang gaduh, bila jumpa boleh senyum dan borak-borak macam biasa. Kesemuanya profesional dan hanya menjalankan tugas masing-masing untuk kepentingan industri. Tak gitu?
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment