Kemelut melanda filem Tanda Putra yang diharamkan daripada ditayangkan di Negeri Pulau Pinang oleh pentadbir kerajaan negeri nampaknya sudah tidak relevan lagi mulai sabtu ini (31 Ogos 2013) apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya mengarahkan agar tayangan filem itu tetap perlu diteruskan seperti mana yang sudah dijadualkan.
Pengurusan pawagam juga khabarnya pada khamis lalu menerima surat baru dari kerajaan negeri yang mengatakan larangan itu sebenarnya adalah berbentuk nasihat dan ianya terpulang kepada pihak pengurusan pawagam masing-masing sama ada mahu menayangkan atau tidak filem ini
Ujar Shabery Cheek “Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan TANDA PUTRA, pihak pawagam terima surat baru – NASIHAT bukan ARAHAN. Saya minta Finas memastikan pawagam meneruskan tayangan TANDA PUTRA di Pulau Pinang bermula hari sabtu ini.”
“Sekiranya benar kononnya ada babak2 fitnah yg boleh jejaskan harmoni kaum, sila buat laporan polis dan aduan kpd LPFM.”
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru baru ini mengeluarkan arahan meminta pihak pawagam di Pulau Pinang agar tidak menayangkan filem yang disifatkanya itu sebagai kontroversi.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment