Pagi ini, rangkaian berita radio Malaysia telah melaporkan yang Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak dapat dipastikan mengapa Aidil membuat keputusan drastik tersebut, namun ramai juga yang membantah tindakan Aidil, apatah lagi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya.
Spekulasi di Internet tersebar luas yang ia ada kaitan dengan hubungan Aidil dengan seorang wanita yang juga dikatakan teman wanitanya, Zarema Zainal. Sebelum ini, lebih dari setahun lepas iaitu sekitar Mei 2012, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai namun Rita tidak bersetuju.
Pada masa itu, Rita yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.
Ini kerana tiada sebarang perbincangan antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu.
Aidil sebelum ini didedahkan oleh Rita mejalin hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu, yang dinafikan oleh Aidil.
Diharap Rita dapat bersabar dengan dugaan ini kerana apa pun, hidup perlu diteruskan demi anak-anak.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berkenaan perceraian ini dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment