Nafi Di ‘Gam’, Hairie Othman Bakal Muncul Di RTM

Isu Hairie Othman di’Gam’ oleh media tempatan mula kedengaran sebaik sahaja beliau bergiat aktif dalam arena politik apabila secara terbuka mengisytiharkan dirinya mendukung aspirasi dan visi perjuangan pihak pembangkang untuk menjadi Kerajaan yang baru.

Hairie Othman
Dengan ideologi politik yang sudah tidak sehaluan ditambah lagi dengan kelantanganya mengkritik pentadbiran sedia ada melalui pentas ceramah, sudah cukup membuatkan pihak atasan Stesen TV tempatan menutup rezekinya sebagai seorang pelakon.
Bagaimanapun hal itu tidak berpanjangan buat Hairie Othman apabila masih ada drama lakonanya yang baru bakal disiarkan Di RTM. Melalui kiriman Email dari pihak RTM kepada kami, secara jelas menyatakan Hairie Othman adalah salah seorang teraju utama bagi drama bersiri ‘Opah’ yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Melalui kiriman email itu juga dinyatakan Hairie Othman bakal turut sama menghadiri majlis Pra Tonton & Sidang Media di WISMA TV, ANGKASAPURI.

Hairie Othman
“Saya sebenarnya sudah hampir 2 tahun tidak ada menerima apa-apa tawaran lakonan. Saya pun tidak pasti samada saya ni memang sudah disenarai hitamkan oleh pihak stesen TV atau pun tidak. Apa yang pasti di RTM mungkin tidak kerana terbukti wajah saya akan muncul di RTM untuk drama Opah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.”
“Melihat situasi ini apa yang dapat saya rasakan mungkin pihak RTM tidak ‘Gam’ saya sebaliknya tawaran lakonan itu tidak ada mungkin disebabkan pihak penerbit takut nak ambil saya berlakon”
Hairie yang sempat kami hubungi menjelaskan wataknya dalam drama rantaian popular ini adalah sebagai Busu anak kepada Opah yang bujang dan tidak berkahwin sampai ke tua. Hairie bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut wataknya dalam drama ini kerana sudah terlupa jalan ceritanya.
“Sebenarnya drama Opah ini tertangguh hampir 2 tahun tayangannya. Ini adalah program terbitan dari Unit drama RTM itu sendiri.”
“Mungkin ada yang terkejut dan tertanya kenapa saya masih boleh muncul di RTM sedangkan semua tahu saya sebelum ini lantang bersuara di pentas politik. Bagi saya mungkin pihak RTM ada alasan dan jawapanya yang tersendiri. Saya hanya pelakon yang menjayakan watak yang ditawarkan sahaja.”
Apabila ditanya tentang reaksi penonton terhadap kemunculanya di Stesen TV milik Kerajaan itu, Hairie nyata tenang dan akur dengan segala komen positif mahupun negatif yang bakal diterimanya nanti.
Ujarnya lagi “Pada saya, parti yang memerintah dan juga masyarakat kita perlu lebih bersifat terbuka dalam kontek hak dan kebebasan bersuara untuk memilih dan memberi sokongan kepada mana-mana parti politik dan tidak wajar membuat tindakan diskriminasi terhadap rakyat di Malaysia ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.”

“Sikap ini perlu difahamkan dalam masyarakat kita supaya lebih terbuka, matang dalam berpolitik. Ini akan membawa Malaysia dan Kerajaan khususnya menjadi lebih progresif, telus, adil kepada rakyat dengan tiada membezakan fahaman politik dengan memberi keutamaan kepada yang berhak dan layak untuk membawa negara kita kearah tamadun yang lebih positif dan berdaya saing. In sya Allah.”
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment