Hidup Berkahwin Sangat Membosankan – Haliza Misbun

Amboi. Pelik sungguh Abang Nara dengan Haliza Misbun ini. Macam mana Haliza boleh tahun hidup berkahwin itu membosankan padahal dia tak kahwin lagi. Misteri juga nie. Mungkin bila dah terlalu selesa hidup seorang diri sehingga umur 40-an, Haliza takut untuk berkahwin sehingga terbentuk imej sedemikian.
haliza misbun bujanBerkahwin bagi Abang Nara ada pelengkap kehidupan. Memanglah tidak sebebas ketika bujang, namun kebahagiaan dan kenikmatan yang diperolehi daripada berkahwin sangat berbaloi. Mungkin Haliza kena ubah persepsinya. Kata Haliza:-
Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya

Abang Nara percaya, suatu hari nanti apabila Haliza berjumpa dengan lelaki idamannya, pasti Haliza akan berkahwin jua. Mungkin sekarang masih tiada jodoh. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan. Nanti bila dah berkahwin, Abang Nara yakin Haliza akan menarik balik kenyataannya ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment