Dicop sebagai Playgirl, isu kulit putih, sorok majlis pertunangan & pernah didakwa sebagai lesbian merupakan antara deretan ‘anugerah’ yang pernah diperolehi Adira sejak 2 tahun lepas.
Yang paling dominasi apabila sering dilabelkan sebagai Playgirl, ini rentetan daripada pelbagai versi cerita diantara dia dan juga beberapa jejaka yang menjalin hubungan intim, tapi kemudianya dilaporkan sudah berpisah. Jawapnya ringkas apabila ditanya kenapa hal keburukanya banyak dilondehkan.
“Hadap je la, orang luar akan cuba sentiasa untuk memperbesarkan cerita yang kecil untuk jadi lebih sensasi”
Jelas Adira lagi apa yang dikesalkan cuma pandangan masyarakat akan lebih banyak berfikiran negatif terhadap dirinya sedangkan isu yang dikaitkan dengannya sama sekali tidak benar.
“Saya pun taknak cerita macam ni keluar walaupun hal sebegini tidak memberi apa-apa kesan kepada saya, cuma apa yang dikesalkan masih ada juga yang percaya dan mula berfikiran negatif terhadap saya.”
“Tapi saya tidak boleh nak halang diorang dari terus memperkatakan hal keburukan saya. Apa yang boleh jawap saya jawap. Kalau cakap banyak pun tak dapat juga nak ubah persepsi orang terhadap saya. ”
“Kalau diorang dah penat bercakap nanti berhenti la tu. Bagi saya apa yang penting sekarang adalah kerjaya. Tak perlu nak fikir pasal gosip dan laki-laki ni” Ujar Adira yang kami temui di Majlis berbuka puasa baru baru ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment