Ingin Hilangkan Imej Simbol Seks, Kilafairy Cuba Ubah Penampilan

Abang Nara kesian pun ada juga kepada Kilafairy ini. Daripada dulu sehingga sekarang, orang lebih mengenalinya sebagai seorang wanita yang seksi sehingga diberi gelaran simbol seks. Mungkin bibirnya yang seksi dan wajahnya yang menggoda membuatkan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini.
kilafairy seksi
Sedar digelar sebegitu rupa, anak kepada Rohana Jalil ini sedang cuba untuk mengubah penampilannya. Kata Kila kepada Kosmo:-
Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa.
Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang.
kilafairy seksi
Abang Nara sokong 100% tindakan yang dilakukan oleh Kilafairy. Jangan terima tawaran watak-watak seksi ini kalau benar-benar mahu mengubah persepsi orang ramai. Awal-awal ini memanglah susah sedikit, namun lama kelamaan pasti pendirian anda akan difahami oleh pihak penerbit. Mana tahu selepas ini Kila akan dikenali kerana kehebatan lakonan dan bukan lagi kerana imej seksi menggoda.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment