Kutipan Rasmi Filem Lemak Kampung Santan Sekadar RM120,000

Patutlah Hans Isaac kecewa sangat-sangat sampai tahap nak berhenti menerbitkan filem. Menerusi laman web Finas, dapat dilihat kutipan rasmi untuk filem Lemak Kampung Santan arahannya hanya sekadar RM120,000. Memang sangat-sangat mengecewakan.
lemak kampung santan
Jika dianggap kesemua harga tiket untuk filem ini ialah RM10, ini bermakna hanya 12,000 penonton sahaja yang telah pergi ke wayang untuk menonton. Satu jumlah yang sangat kecil. Untuk makluman, Hans Isaac telah membelanjakan RM750,000 untuk mempromosikan filem ini. Memang tak berbaloi dengan kutipan tiket yang diterima.
hans isaac

Walaupun masih di dalam status “sedang tayang”, Abang Nara dapat merasakan kutipan filem ini tidak akan meningkat jauh. Takziah Abang Nara ucapkan kepada Hans atas kegagalan ini. Yang penting, Hans kena belajar daripada kesilapan dan kembali lebih kuat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment