Pulau Pinang Arah Sekat Filem Tanda Putera

Macam-macam kontroversi melanda filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba ini. Selepas ditangguhkan untuk berapa ketika, akhirnya filem ini akan mula ditayangkan hari ini. Sayangnya, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti DAP bertindak mengarahkan agar filem ini disekat tayangannya di negeri itu.
tanda putera pulau pinang
Menerusi sidang media di pejabatnya di Komtar, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa beberapa babak dalam filem tersebut mempunyai unsur fitnah. Namun begitu, oleh kerana kuasa membuat sekatan berada di bawah kuasa kerajaan Persekutuan, kerajaan Pulau Pinang hanya boleh menghantar surat kepada pemilik wayang untuk mempertimbangkan tidak menayangkan filem tersebut.
tanda putera

Pendapat Abang Nara, agak rugi juga sekiranya rakyat Pulau Pinang tidak dapat menonton filem ini. Banyak tragedi sejarah yang membentuk negara kita dipaparkan menerusi filem ini. Tidak dinafikan ada beberapa babak yang tidak boleh disahkan kebenarannya, namun bagi Abang Nara, ia tidak akan menimbulkan polemik yang bukan-bukan. Diharap Lim Guan Eng sudah pun menonton filem ini sebelum membuat keputusan ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment