Agak malang buat pendatang baru Uqasha Senrose apabila mengakui yang dirinya telah diraba baru baru ini sewaktu menjalani pengambaran drama. Lebih malang lagi hal itu dilakukan sediri oleh pembantu peribadinya sendiri.
Uqasha yang kami temui sewaktu Tayangan Perdana filem Paku Pontianak pada mulanya enggan membuka mulut tapi akhirnya ‘terlepas’ geram dan memaklumkan kejadian tersebut benar berlaku dan membuatkan dirinya berang dengan perbuatan tidak bermoral individu terbabit.
“Kejadian raba ni terjadi didalam kereta sewaktu saya sedang tidur. Tapi mujurlah waktu itu saya tersedar dan saya dapati yang buat benda keji ni adalah pembantu peribadi saya sendiri yang merupakan seorang pengkid. Disebabkan tidak boleh terima perbuatan terkutuknya itu saya mengambil keputusan untuk pecat dia serta merta.”
“Agak malang juga bagi saya apabila bekas pembantu peribadi saya itu hanya baru sehari sahaja mula bekerja & sudah membuat perkara sedemikian. Saya juga mengambil keputusan untuk tidak laporkan hal ini kepada pihak polis kerana tidak mahu mencari musuh dan hal ini selesai begitu sahaja.”
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment