Selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini, Sasha Saidin kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas kekasih Hanez Suraya iaitu Awi Rafael. Abang Nara faham kalau Awi Rafael jatuh cinta dengan Sasha. Orangnya memang comel. Mix pula tue.
Namun begitu, apabila ditanya mengenai kesahihan gosip ini oleh portal GUA, Sasha Saidin memberitahu yang hubungannya dengan Awi Rafael hanya sekadar kawan sahaja. Kata Sasha:-
Saya belum mengenalinya dengan lebih rapat, kami sekadar teman. Tapi secara umum, saya melihat yang Awi ini seorang lelaki yang matang, bekerja keras, genius dan dia sangat berbakat dalam bidang yang diceburinya iaitu bidang muzik. Dia juga sangat banyak membaca dan sangat seronok untuk berbual bersamanya sebagai seorang kawan. Lagipun saya baru sahaja kenal dia ketika bulan puasa yang lalu. Syawal pun belum habis lagi.
Yang bagusnya, Sasha Saidin tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Awi. Baguslah begitu. Daripada ayat Sasha di atas pun, nampak macam ada tanda-tanda sudah jatuh cinta. Mana tahu suatu hari nanti benar-benar bercinta kan?
Semuanya di tangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Sekiranya perkara ini betul-betul terjadi, apa yang penting ialah saya ‘single’ dan dia pun ‘single’. Jadi kami masing-masing tidak mempunyai komitmen dengan orang lain. Awi seorang jejaka yang baik, matang dan berkerjaya. Tapi apa yang bakal berlaku nanti, semuanya terletak di tangan Allah. Tapi kini saya cuma berkawan dengan dia
Semoga di masa hadapan, perhubungan antara Sasha dan Awi akan berkembang menjadi sesuatu yang terbaik buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment