Bakal Isteri Tak Peduli Kisah Gelap Roslan Shah

Apabila Roslan Shah baru-baru ini mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihanya dari Kelantan, ramai yang seakan tidak percaya dengan khabar baik tersebut, ini kerana ada yang mengandaikan bahawa Roslan Shah sebenarnya lebih tertarik dengan kaum sejenis.

roslan Shah
Kami pun tidak pasti akan kebenaran dakwaan tersebut, namun itulah yang dikatakan sudah jodoh. Pada masa status ‘kehendaknya’ dipertikai orang ramai, Allah pertemukannya dengan seorang gadis untuk dijadikan suri hidup.
Jelas Roslan Shah yang kami temui di Perlabuhan Klang baru – baru ini menjelaskan jika tidak ada aral melintang beliau bakal melangsungkan perkahwinanya pada penhujung bulan Disember ini ataupun setidaknya pada Mac 2014.

roslan Shah
“Insyallah saya dan bakal isteri akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini. Majlis perkahwinan saya nanti akan dibuat hanya di Kelantan sahaja. Mungkin semua sudah tahu bakal isteri saya itu adalah seorang janda yang sudah pun mempunyai anak”
“Bagi saya tidak kisah akan statusnya itu kerana perkara penting yang membuatkan saya tertarik pada dia ialah dia boleh menerima apa sahaja kekurangan saya. Ada juga dia cakap yang dia tidak ambil peduli dengan apa juga kisah silam yang pernah melanda saya pada masa dulu kerana katanya dia juga pernah membuat silap.”
“Sikapnya yang begitu yang membuatkan saya tertarik dan ‘respek’ dengan dia. Bukan senang kita nak cari yang boleh menerima saya dengan seadanya. Tidak seperti dengan bekas tunang saya sebelum ini yang hanya gilakan Glamour sahaja” Ujar Roslan Ketawa

Menurut Roslan Shah, kali ini dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan lagi siapakah bakal calon isterinya itu kerana sudah belajar dari pengalaman yang lepas dan tidak mahu terjadi lagi perkara yang serupa sambil berharap peminat dapat mendoakan agar jodohnya kali ini berpanjangan ke akhir hayat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment