ERA fm lakar sejarah di Bandar Bersejarah 31 Ogos nanti!

Pasti ramai yang ternanti – nanti acara yang melibatkan ramai artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair beraksi di gelanggang ERAVAGANZA hujung bulan Ogos ini! Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu, berlangsungnya majlis berbuka puasa ERA fm dan sidang media ERA fm bersama – sama para penyampai radio ERA fm , para artis, dan wakil Astro Arena.

Guba & Yuna
Salah satu acara yang telah dilancarkan adalah, pelancaran Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA oleh Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran dan wakil dari Astro Arena. “Kito monang yooo..kito monang yoooo” , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan yang di beri nama Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal di anjurkan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.
Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos, ERA fm melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara sebegini yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri.
Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai – penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti!
Selain itu, barisan selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azlan Johar, Azman Adnan dan ramai lagi mewakili pasukan ARENA ALLSTARS FC. Sebaliknya, pasukan ERA fm pula menggelarkan diri mereka sebagai ERA FC.
Pada hari tersebut, ERA fm membawakan muzik – muzik terbaik secara langsung dan tidak berbayar buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung di sebelah malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment