Selalunya masyarakat kita disogokkan dengan kehidupan perit sekiranya hidup bermadu. Namun kadang kala, ada manisnya juga. Terharu Abang Nara membaca kata-kata daripada Zarina Zainuddin mengenai betapa bahagia hidupnya menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan. Memang terbukti madu itu manis rasanya.
Apa yang Abang Nara suka ialah Zarina mengetahui status dirinya sebagai isteri kedua dan sering bersikap mengalah. Itu memang satu sikap terpuji buat mana-mana wanita yang menjadi isteri kedua. Kena faham kedudukan anda di mana. Kata Zarina kepada Mstar Online:-
Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu. Apa yang penting hati perlu dibersihkan agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri masing-masing. Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama dan kami tahu peranan masing-masing
Tambah mengharukan apabila Zarina dan madunya berkawan baik. Siap buka perniagaan bersama lagi. Bukan senang tetapi itulahnya kenyataan. Kata Zarina:-
Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama. Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk memberi peluang mereka bercerita. Kadang-kadang rasa bagus juga hidup begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri pula.
Respek Abang Nara dengan Zarina Zainuddin. Semoga kebahagiaan yang dikecapi, akan terus berkekalan. Dan berita baik untuk suami Zarina, anda boleh tambah cawangan seorang lagi. Zarina beritahu dia tiada masalah dengan perkara tersebut. Kalau anda mampu, apa salahnya kan?
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment