Hati wanita mana yang tidak remuk apabila kekasih hati menuduh dirinya curang. Kesian pun ada juga kepada Uqasha Senrose. Namun inilah asam garam percintaan. Jangan sampai putus cinta sudahlah. Bagi Abang Nara, Uqasha dan Pekin perlu bersemuka untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.
Sedih juga Abang Nara apabila membaca luahan hati Uqasha menerusi Berita Harian hari ini. Memang betullah kata orang waktu pertunangan adalah waktu paling mencabar. Salah faham sedikit boleh jadi gaduh besar. Kata Uqasha:-
Menerusi apa yang Abang Nara baca hari ini, perselisihan faham antara Uqasha, Pekin dan Sharnaaz telah pun diselesaikan. Sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan apa yang sebenarnya terjadi antara mereka bertiga. Agak kelakar juga sebenarnya. Tunggu!!!!!Sampai hati dia menuduh saya sebegitu rupa (curang dengan Sharnaaz). Tidakkah dia terfikir wanita yang dituduh bukan-bukan itu ialah orang sama yang pernah disanjung suatu ketika dahulu?Tapi, saya takkan balas perbuatannya. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak akan sesekali mendedahkan perkara yang berlaku antara kami. Biarlah saya pendam segala-galanya.Saya tidak faham mengapa dia begitu sewenang-wenanganya menuduh saya berlaku curang? Bukan dengan Sharnaaz saja, malah dia juga mendakwa saya ada hubungan dengan beberapa lelaki lain.Saya sanggup bersemuka dengannya dan Sharnaaz…. andai ia boleh membuatkan dirinya (Pekin) percaya antara saya dan pelakon itu tiada ikatan cinta.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment