Hari ini, Diana Amir dan tunangnya Muhammad Habib Bullah A. Rahman bakal melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Malam tadi pula telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, doa selamat dan berinai mereka di bangunan pejabat Metrowealth.
Majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting ialah keberkatan tuhan. Diana Amir mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih. Apa yang menarik, majlis khatam Al-Quran ini diterajui sendiri oleh Habib, tunang Diana, yang sebelum ini memberitahu dia yakin dengan ilmu agama yang dimiliki oleh tunangnya bagi mengemudi bahtera perkahwinan yang bakal dilayari.
Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Samsultahir Photography. Silakan ke Facebook beliau untuk melihat sendiri pakej-pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan.
Marilah kita bersama-sama mendoakan pernikahan yang akan berlangsung hari ini berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment