Fida Ibrahim sudah nikah di Selatan Thailand

Fida Ibrahim, penyanyi, pelakon, gossip, hiburan, gambar fida ibrahim

Fida Ibrahim sudah nikah di Selatan Thailand | Siapalah artis Malaysia dalam dunia seni tanpa kontroversi sebegini bukan? Fida Ibrahim yang baru baru ini terpalit isu lari dari lokasi penggambaran kini khabarnya telah berkahwin senyap - senyap di selatan Thailand.

Lebih menarik, Fida Ibrahim didakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang di’kenali sebagai Shah di kalangan media dan pelakon ini mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan hubungan mereka.

“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP”

“Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim.


Beliau yang akan turut menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti di’khabarkan.

Sumber : berita-harian.net
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment