Cristine Suzanne Sudah Bertunang, Nikah 22 Januari 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Cristine Suzanne yang telah pun bertunang dengan lelaki pilihannya pada hari Ahad lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung dengan kehadiran ahli keluarga terapat dan rakan baiknya. Untuk anda yang tidak tahu, Cristine Suzanne sebelum ini  pernah bercerita mengenai bakal suaminya yang merupakan pilihan ibunya.
gambar tunang cristine suzanneBerkata kepada Mstar Online, Cristine Suzanne memberitahu yang dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 22 Januari 2014. Kata Cristine:-
Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja. Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua.
cristine suzanne

Semoga segalanya berjalan lancar buat Cristine Suzanne dan tunangnya menjelang hari pernikahan. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Memang nampak sama cantik sama padan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment