Azlee Khairi, Mr. Arrogant Yang Kian Popular, Bercinta Dengan Zarina AF

Semakin ramai pelakon baru muncul di persada filem/drama tanah air. Namun ada antaranya sebenarnya sudah lama berada dalam industri, cuma sebelum ini kurang dikenali. Untuk Azlee Khairi, perjalanan seninya bolehlah dikatakan begitu.
Dia kini kian dikenali setelah berlakon dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang sedang disiarkan di Slot Akasia TV3, namun sebenarnya, Azlee sudah lama berlakon. Merupakan graduan jurusan filem dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Azlee telah berlakon telefilem, filem dan drama sejak tahun 2010, cuma pada masa itu dia hanya memegang watak kecil.
Mungkin benar kata orang, berlakon dalam Slot Akasia bisa meningkatkan populariti seorang pelakon. Kami pasti ramai yang jatuh suka atau minat dengan Azlee yang kini berusia 24 tahun, tapi minat bolehlah, kerana Azlee kini sedang bercinta dengan Zarina Zainoordin (Zarina AF).
Rasanya dah agak lama juga mereka bercinta. Bersama kita nantikan pengumuman kenduri dari mereka. Chewah!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment