Aeril Zafrel Enggan Komen Isu Dipanggil Oleh JAIS

Di dalam artikel sebelum ini, Abang Nara ada kongsikan bahawa pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan dipanggil oleh JAIS untuk membantu siasatan mengenai pernikahan pertama mereka. Ditanya mengenai perkara ini, Aeril enggan memberikan sebarang komen kerana takut disalaherti oleh orang ramai.
aeril zafrel
Kata Aeril kepada Sinar Harian:-
Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan
aeril zafrelAeril juga enggan memberikan sebarang komen kerana takut segala perkataan yang terkeluar daripada mulutnya digunakan sebagai bahan balas balik. Kata Aeril:-
Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini. Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk.
Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?
gambar anak aeril
Sementara itu Aeril telah berkongsi gambar terbaru anaknya (gambar di atas), Attar selepas hashtag #Attar berjaya trending di Twitter semalam. Semoga kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka sekeluarga akan berterusan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment