Abang Nara sokong apa yang dilakukan oleh Liyana Jasmay. Orang tua-tua pun kata kalau nak berkongsi berita mengenai kehamilan, lebih baik dilakukan selepas habis trimester pertama. Kiranya dah 3 bulan ke atas barulah bercerita kepada orang sekeliling. Mungkin kerana 3 bulan pertama adalah fasa kritikal dan mudah berlaku keguguran dalam tempoh itu.
Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah buat Liyana Jasmay kerana telah pun disahkan hamil 2 bulan. Liyana kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana sering berasa penat dan alahan. Kata Liyana Jasmay kepada MalaysianDigest:-
Semoga segalanya berjalan lancar buat Liyana Jasmay dan suami tercinta. Banyakkan berehat. Jangan kerja keras. Banyak makan makanan berkhasiat untuk kebaikan bayi yang dikandung. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Liyana Jasmay kerana bakal bergelar ibu tidak lama lagi.Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment