Kilafairy Berhijab, Dicintai Amar Ashraf ?

Benarkah pelakon cantik Kilafairy kini sudah merubah penampilan dirinya dengan berhijab? Benarkah juga dirinya dicintai dalam diam pelakon Amar Ashraf? Namun hakikatnya Kilafairy mengubah penampilannya untuk ‘menghidupkan’ watak utama sebagai Dahlia dalam sebuah drama khas tayangan sempena Maal Hijrah yang disambut seluruh umat Islam 5 November depan.

Amar Ashraf & kila Fairy
Menerusi drama bertajuk Azam Berazam yang disiarkan pada 29 Oktober; pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2 itu, Kilafairy berpasangan dengan pelakon Amar Ashraf memegang watak utama dikenali sebagai Azam yang sanggup berpura-pura mengubah dirinya yang nakal kepada pemuda yang baik dan alim demi memenangi hati Dahlia. Namun segalanya berubah bila rahsianya terbongkar dan diketahui Dahlia dan ibunya. Sempena tibanya Maal Hijrah adakah Azam benar-benar insaf untuk berubah ke arah kebaikan?
Turut dibintangi Achong, Ku Fridah, Cico Harahap dan Shafriz Shaharuddin Thamby, kongsikan plot menarik bermula watakAzam, remaja nakal dan sikapnya membingungkan Mak Kiah, ibunya. Di kampung dia sering bergaduh, merempit atau merosakkan harta benda awam. Setiap hari, Mak Kiah akan dikunjungi orang kampung yang memberi amaran mengenai Azam.
Satu hari Mak Kiah nekad menghalau Azam keluar dari rumah dan kampung dan hanya akan diberi izin pulang setelah dia benar-benar berubah dan insaf. Mak Kiah meminta jasa baik Tok Ketua supaya melancarkan amaran yang sama terhadap Azam iaitu dilarang menjejaki kampung halamannya selagi dia tidak berubah.

Amar Ashraf & kila Fairy
Azam cuba memujuk ibunya namun gagal. Azam tiada pilihan lain akhirnya dia terpaksa menurut arahan tersebut. Mak kiah benar-benar telah membuang anaknya sendiri. Azam akhirnya mengambil keputusan untuk ke KL hasil bantuan kawan merempitnya yang kerja di sana iaitu Benjo. Benjo lah yang menjadi kawan baik dan sama naik dengannya selama di KL. Azam bekerja di syarikat sama tempat Benjo kerja iaitu sebagai Despatch. Namun malam hari, Azam telah menaik taraf dirinya dengan menjadi Mat Rempit Kota. Malah dia bertambah nakal selama berjauhan dengan Mak Kiah. Azam juga berjaya memenangi setiap lumba haram yang disertainya sehingga membuatkan Azam popular.
Satu hari, Azam yang datang ke pejabat terkejut apabila melihat Dahlia, gadis sekampung dengannya yang sedang kerja disitu. Rupanya, Dahlia adalah pekerja baru di syarikat tersebut. Azam gembira kerana Dahlia yang selama ini di impikannya semakin dekat dengan dirinya.
Dahlia adalah gadis betudung yang lemah lembut dan cantik. Azam mahu memikat Dahlia namun terkejut apabila Dahlia berpura-pura tidak mengenali nya langsung. Bahkan setiap kali Azam cuba berbual dengan Dahlia, pasti Dahlia akan memanggil Syaiful bosnya disitu dan Syaiful akan memarahi Azam. Kerana takut dibuang kerja, Azam tak lagi menegur Dahlia sewaktu waktu pejabat.
Cubaan Azam tidak terhenti disitu. Dia tetap mahu mendapatkan Dahlia. Sanggup Azam mencari rumah sewa berdekatan rumah Dahlia. Benjo yang mula pening dengan Azam kerana banyak aktiviti lumba tergendala dek kerana Azam yang sibuk mengejar Dahlia. Benjo juga telah mendapat tahu mengenai Syaiful yang juga menaruh hati pada Dahlia dan menyampaikannya pada Azam. Azam mengamuk besar dan tidak dapat menerima kenyataan.

Amar Ashraf & kila Fairy
Satu hari, Azam mencuri diari milik Dahlia dan disitu dia terbaca Dahlia yang memuji ciri-ciri yang ada pada Syaiful. Lelaki yang soleh, bertanggungjawab dan rajin serta beramal mulia. Azam tercabar disitu kerana yakin Syaiful mempunyai ciri-ciri tersebut.
Bermulah azam baru Azam dalam menghijrahkan dirinya menjadi Azam yang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman Dahlia. Azam ke tempat kerja dengan berjubah, solat tidak tinggal walaupun dah habis waktu solat, sanggup solat sunat, berpuasa ganti, pendek kata segala-gala sikap nakal Azam menjadi murni dan Benjo semakin tertekan melihat perubahan Azam sebab tak ada juara dalam lumba haramnya lagi. Rupa-rupanya apa yang dilihat Benjo adalah lakonan semata-mata. Azam hanya melakukan perkara itu apabila dihadapan Dahlia. Apabila malam dan Dahlia hilang dari pandangan, Azam akan merempit semula dan kembali kepada asal.
Dahlia yang tidak mengetahui perbuatan Azam menganggap Azam benar-benar berubah dan dia mula baik dengan Azam. Azam gembira strateginya berjaya. Dahlia menyuruh Azam pulang ke kampung bagi menunjukkan perubahan itu pada Mak Kiah dan Azam bersetuju . Di kampung, gelagat Azam yang mengalahkan Ustaz Alim tidak dapat disangkal lagi. Dia kerap menghabiskan masa di surau tapi sebenarnya, dia curi-curi tidur tanpa pengetahuan sesiapa. Mak Kiah dan Dahlia gembira dengan perubahan itu.
Namun akhirnya tembelang Azam pecah juga. Satu hari, di hari lahir Azam. Mak Kiah mahu membuat kejutan dengan pergi Ke KL bertemu Azam. Mak Kiah mahu menyampaikan berita mengenai Dahlia yang bersetuju untuk di pinang Azam. Dahlia dan Mak Kiah sama-sama mahu memberi berita mengejut itu pada Azam namun berlaku sebaliknya. Bila tiba di rumah, Mak Kiah mendapati Azam tiada dirumah dan yang ada hanya Benjo. Benjo mulanya bagitahu Azam ke masjid Negara namun terbongkar apabila ada gadis datang ke rumah mengajak Benjo melihat perlumbaan Azam.
Benjo akhirnya terpaksa membawa Mak Kiah dan Dahlia ke lokasi sebenarnya. Alangkah terkejutnya Mak Kiah dan Dahlia apabila melihat Azam sedang ligat beraksi di jalan raya berlumba haram. Disitu Azam yang sedang berlumba terpandangkan Mak Kiah dan Dahlia yang sedang melihatnya. Serta merta Azam tergelincir dan terjatuh. Azam patah kaki disitu. Sementara Mak Kiah diserang sakit jantung lalu di bawa pulang oleh Dahlia.
2 bulan selepas itu, Azam yang yang masih di wad terkejut apabila Benjo bercerita mengenai Mak Kiah yang disahkan meninggal dunia. Azam nekad lari dari hospital dan dikampung dia tergamam apabila Tok Ketua dan Dahlia memaklumkan mengenai Mak Kiah yang dah 2 minggu disemadikan. Azam menyesal disitu tambahan apabila mendapat tahu permintaan ibunya yg tidak mahu Azam melihat kuburnya selagi Azam tidak berubah. Azam benar-benar menyesal.
Dihadapan seluruh orang kampung, Azam telah membuat janji. Dia berjanji akan berubah dan berbakti pada orang kampung. Semua yang melihat terharu. Seminggu Tok ketua dan Dahlia mendapati Azam benar-benar insaf. Dia sanggup tidur disurau mengaji dan bersolat sunat sampai ke subuh. Dan satu hari, Azam dikejutkan dengan kedatangan Mak Kiah yang berpakaian serba putih memanggil Azam. Azam menangis dihadapan Mak Kiah dan berjanj akan berubah. Azam menyangkakan itu adalah mimpi namun terkejut apabila seluruh orang kampung ketawakan Azam yang teresak-esak menangis. Adakah Mak Kiah benar-benar telah meninggal dunia? Mahukah Dahlia menerima Azam menjadi suaminya? Saksikan kesudahannya menghayati sambutan Maal Hijrah ini hanya di TV2.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment