Adda Butterfly Sudah Berkahwin Semula, Kekal Isteri Kedua

Entah mengapa Abang Nara suka berkongsi perkembangan terbaru Adda Butterfly ini. Walaupun secara jujurnya Adda bukanlah nama besar di dalam industri hiburan tanah air. Mungkin Abang Nara ingin melihat Adda bahagia selepas perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan penceraian selepas hanya 17 hari .
adda butterfly kahwin lagi
12 Oktober lalu, Adda akhirnya bergelar seorang isteri buat kali kedua. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan dari Sabah. Kali ini juga Adda merupakan seorang isteri kedua. Namun belajar daripada kesilapan yang lalu, hubungan Adda dengan isteri pertama adalah baik dan Adda kini bergelar ibu tiri kepada 2 orang anak.
adda butterfly kahwin lagi
Abang Nara tertanya-tanya juga mengapa Adda tidak memilih lelaki bujang sebagai suami dan adakah suami baru Adda ini seorang lelaki kaya. Jelas Adda kepada Utusan Malaysia:-
Saya sudah lali dengan pandangan orang, sebenarnya suami saya ini bukan orang kaya, hanya biasa-biasa. Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi.
Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia.
adda
Semoga kebahagiaan yang dicari oleh setiap wanita akan ditemui oleh Adda dalam perkahwinan keduanya. Jangan lupa untuk menjaga hati madu anda. Sama-samalah kita doakan agar Adda bahagia sehingga ke akhir hayat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment