Minggu ini kecoh apabila Bipop, sebuah sisipan hiburan untuk Berita Harian hari Ahad, mendedahkan yang pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bernikah sekitar Februari dan sudah mendapat anak lelaki sekitar Ogos. Baik Aeril mahupun Wawa masih belum menjawab secara rasmi tentang pendedahan tersebut, sebaliknya memilih untuk tweets serba sedikit tentang apa yang berlaku di Twitter. Khabarnya mereka akan menjelaskan segalanya entang isu berbangkit dalam satu sidang media Jumaat ini.
Melalui Twitter, Wawa mendakwa terdapat dalang yang ingin menjatuhkan Aeril, dan spekulasi yang bertebaran di Internet ialah dalang yang dimaksudkan ialah David Teoh, Pengarah Urusan Metrowealth Movies. Hari ini melalui Berita Harian, David bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
Melalui Twitter, Wawa mendakwa terdapat dalang yang ingin menjatuhkan Aeril, dan spekulasi yang bertebaran di Internet ialah dalang yang dimaksudkan ialah David Teoh, Pengarah Urusan Metrowealth Movies. Hari ini melalui Berita Harian, David bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular.Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak saya gagal dalam kehidupannya.
David juga menyatakan dia menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan Wawa selepas ini (sama ada mahu terus berlakon dengan MIG atau tidak), kerana perkara sudah berlaku dan dia enggan menyalahkan Wawa. Sebaliknya dia meminta Wawa untuk menghubungi syarikat sekiranya masih mahu berlakon di bawah MIG kerana David melihat Wawa sebagai seorang yang ada potensi dalam industri.
Sementara itu, melalui mStar Online, Aeril Zafrel mendakwa dia bukan ingin dilihat seperti ‘budak baik’ kerana mengaitkan kontroversi yang berlaku pada dirinya masa ini dengan agama. Katanya:-
Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita.Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama.
Menurut Aeril dia berpendapat ada pihak tertentu yang hendak menjatuhkannnya, namun dia berhak untuk mendiamkan diri, kerana perkara ini melibatkan maruah, dan bagi mendapatkan ketenangan untuk merungkaikan semua persoalan membabitkan hubungannya dengan Wawa Zainal Jumaat ini.
Apa pun kita tunggu saja apakah yang diumumkan mereka berdua dalam sidang media itu nanti yang dianggap sebagai satu wadah utuk membersihkan nama mereka.
______________________________________________________sumber
No comments:
Post a Comment