Selepas kedengaran desas-desus mengenai pernikahannya yang berlangsung di Thailand, Abby Abadi hari ini tampil menerusi Harian Metro membuat pengakuan mengenai perkara tersebut. Untuk makluman, Abby bertemu suaminya, Farhan di sebuah pasar raya dan bernikah selepas 2 minggu berkenalan.
Kata Abby Abadi:-
Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit.Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan.Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa.
Thailand pun Thailandlah, yang penting dah nikah. Lagipun Abby dan Farhan tak ada kena pergi masuk mahkamah untuk minta kebenaran berkahwin dan sebagainya. Semoga perkahwinan kali kedua Abby selepas 5 tahun menjanda ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar untuk melihat majlis persandingan sebelah pengantin perempuan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini. Pasti Abby akan cantik berseri macam anak dara. Diharap jangan lupa jemput Abang Nara di hari bertuah. Lagi beberapa keping gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment