Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Kini Sedang Bercinta?

Amboi. Menarik juga usikan nakal yang Abang Nara baca menerusi Berita Harian semalam. Mana tidaknya, pelakon kacak Aeril Zafril dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan si comel Wawa Zainal. Kedua-duanya memang nampak sepadan. Memang “matching” la orang kata. Tak gitu?
aeril zafril dan wawa zainal
Hubungan mereka berdua dikatakan bermula apabila membintangi filem 99 Kali Rindu (terima kasih atas pembetulan). Namun seperti biasa, hubungan ini berjaya disorokkan oleh mereka berdua dan tidak dapat dihidu oleh orang lain. Tambah menguatkan khabar angin ini ialah apabila Wawa meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke Sabah. Aeril pula sanggup membayar atas kehilangan kereta itu.
aeril zafril

Sebelum ini, Aeril telah menafikan dirinya mempunyai hubungan dengan Ummi Nazeera. Adakah kerana sebenarnya dia sedang mabuk bercinta dengan Wawa Zainal? Kalau betul, apa salahnya kan? Kedua-duanya pun masih single. Apa pun, diharap Wawa Zainal yang kini berada di Sabah kerana menjalani rawatan tradisional dapat cepat-cepat sembuh dan kembali berlakon semula.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment