Begitulah yang dimaklumkan secara ringkas oleh pengarah terkenal Erma Fatimah kepada kami apabila peguamnya mengarahkan dirinya supaya menutup mulut dari memberikan sebarang kenyataan mengenai kes saman yang telah dikemukakan oleh Rabecca Nur Al-Islam.
Hal saman menyaman ini merupakan rentetan daripada dakwaan Rabecca yang mengatakan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik Erma Fatimah sehingga kini masih belum melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40% bagi drama Dejavu Di Kinabalu.
“Maaf! saya tidak boleh keluarkan kenyataan mahupun menjawap segala soalan yang kamu tanya berkenaan isu saman ini, sebab isu ni masih lagi didalam kes mahkamah. Lagipun lawyer saya ada call kasi warning minta saya jangan keluarkan apa apa kenyataan, takut ianya akan menggangu perjalanan kes ini”
“Disebabkan itu saya mengambil pendirian untuk berdiamkan diri dan biarkan pihak berwajib yang selesaikan kes ini. Jadi saya harap awak faham dengan situasi saya. Apa yang saya boleh cakap kami akan lawan balik di mahkamah nanti. ” Jelas Erma Fatimah yang kami temui di Majlis Kesyukuran Filem Sindiket
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment