Nampaknya nikmat menyambut bulan Ramadhan sebagai seorang suami bagi aktor sasa yang baru berkahwin, Jehan Miskin masih belum ternikmat adanya. Yang ada hanyalah nikmat berbuka sebagai orang ‘Bujang’ seperti tahun sebelumnya.
Menurut Jehan ini kerana isterinya itu kini tidak berada di Malaysia, sebaliknya berada di negara kelahiranya. Mengakui merasa sedih dengan keadaan ini Jehan tetap mampu tersenyum kerana baginya ini adalah dugaan dibulan yang mulia.
“Buat masa ini saya tak dapat hendak menjawap soalan awak tentang perasaan berbuka puasa pertama kali sebagai seorang suami sebab saya belum berkesempatan menjalani ibadah puasa bersama isteri saya.”
“Ketika ini Isteri saya dia tak ada dekat Malaysia. Mungkin minggu depan baru saya dapat jelaskan perasaan itu kerana dia kembali ke Malaysia pada waktu itu. Cuma apa yang saya boleh cakap sedih sedikitlah sebab kena juga buka puasa tanpa dia dah macam bujang je rasanya. Cuma yang bagusnya bila kami berjauhan macam ni buat rasa makin rindu lagi” Kata Jehan sambil ketawa.
Bagaimanapun ujar Jehan setakat ini segala persiapan bagi menyambut ketibaan syawal sudah dibuatnya sejak dari awal lagi, ini termasuklah persalinan kebaya buat isteri tercinta. Untuk tahun pertama menyambut Syawal sebagai pasangan suami isteri tahun ini jelas Jehan, mereka hanya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment