Farawahida Dan Bakal Suami Sudah 8 Tahun Bercinta

Fuh ~~ 8 tahun. Memang lama. Mesti banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Farawahida dan bakal suaminya. Untuk anda yang tidak tahu, Farawahida sebelum ini telah mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Disember ini. Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Taiping, Perak. Tiada risikan atau pertunangan akan dilakukan sebelum itu.
farawahida
Bercerita mengenai hubungan mereka, Farawahida berkata:-
Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding,
Dia berusia 29 tahun. Seorang yang ‘simple’. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang.
farawahida
Sebelum ini Farawahida pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan komposer Julfekar. Nasib baiklah gosip tersebut tidak meretakkan perhubungannya dengan bakal suami. Kata Farawahida:-
Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa tertekan. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami

Semoga segala persiapan Farawahida untuk hari bersejarahnya akan berjalan dengan lancar. Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru in advance. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment