Kerana Kila, Rohana Merana?

Kerana Anak Mak ‘Merana’, mungkin ungkapan itu sesuai ditujukan kepada Rohana Jalil dan juga anaknya Kilafairy yang sejak akhir-akhir ini sering sahaja muncul dengan pelbagai kontroversi.

kilafairy
Samada sengaja mahu cari publisiti untuk kekal relevan di mata peminat atau sekadar persepsi masyarakat hanya tuan badan yang dapat rungkaikan teka teki ini. Namun yang menjadi mangsa akibat kelakuan yang penuh kecelaruan identiti ini sudah pastilah tempiasnya mengalir kepada Ibunya sendiri. Rohana Jalil pasti ditemu, diaju & diasak soalan tentang anaknya ini.
“Bagi saya apa yang berlaku kepada dia (Kilafairy) perkara biasa dalam bidang ini. Saya ada nasihat dia, kalau dah pilih nak jadi artis kena terima apa juga cerita cerita mahupun gosip tentang diri kita. Saya melihat perkara sebegini adalah asam garam anak seni.”
“Baik manapun kita mesti akan ada orang yang kutuk. Ambil contoh macam Dato’ Siti, baik macam tu pun masih ada orang yang kutuk-kutuk dia. Apa yang penting jangan lari dari tanggungjawab, itu dia kena terima. Setiap kontroversi yang melibatkan diri dia pandai-pandailah dia selesaikan.” Ujar Rohana Jalil yang kami temui di majlis berbuka puasa Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M).

kilafairy

Diaju dengan soalan sudikah dia menerima bakal menantu dari negara seberang, Rohana nampak seakan berat untuk menjawapnya, namun memberi sedikit ‘hint’ dengan mengandaikan bahawa kalau boleh biarlah bakal menantunya itu orang yang dekat. Bagaimanapun tidak menghalang jika jodoh anaknya itu dari negara jiran.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment